Friday 6 January 2012

Pengenalan Freemason

Semenjak dua menjak ni kita selalu ataupon penah dgr perkataan Freemason/Illuminati kan? Tp adakah korg tau ape itu Freemason? Ape itu Illuminati? Meh kita selongkar rahsia diorg....Nanti aku akan sertakan bukti2 kewujudan diorg dan perkembangan diorg hinggakan kita semua dah terpengaruh secara sedar ataupon tidak dlm rancangan jahat diorg......


FREEMASON

Definasi

Freemason ialah pertubuhan yang muncul antara akhir abad ke-16 (tahun 1501 - 1600) hingga awal abad ke-17 (tahun 1601 - 1700).

Freemason seringkali dipanggil sebagai "persatuan rahsia". Bagaimanapun bagi ahli Freemason, persatuan mereka lebih tepat sebagai persatuan yang hanya boleh difahami oleh orang tertentu kerana sesetengah aspeknya adalah sulit.

Pada kurun ke-21, persatuan ini menjadi tidak lagi rahsia (lebih terbuka) dan lebih kepada "persatuan yang mempunyai rahsia".




Sejarah 


Freemason dikaitkan dengan ahli Kesatria Templar (Knight's Templar).
Mengikut legenda, pada abad ke-11 (tahun 1001 - 1100), Kesatria Templar telah menjumpai "harta karun yang tak ternilai" di bawah Masjid Al-Aqsa ketika berada di Jerusalem (Baitulmaqdis)."Harta-harta" itu sebenarnya adalah kitab-kitab sihir purba yg dirampas oleh Nabi Sulaiman daripada Bani Israel semasa pemerintahannya. Baginda merampas semua kitab-kitab sihir itu dan menyimpannya di dalam sebuah bilik rahsia di bawah Masjid Al-Aqsa. Kesatria Templar telah menemui bilik tersebut dan mempelajari simbol-simbol dan sihir-sihir Bani Israel. Sihir-sihir tersebut sangat hebat, lantas mereka meninggalkan agama Kristian dan mengamalkan upacara penyembahan Iblis, iaitu seni rahsia Kabbalah. Satu bentuk sihir kuno bersama2 dgn ilmu hitam dan ritual. Bani Israel telah belajar seni ni drpd puak 'pagan' Mesir Kuno semasa zaman penghambaan kpd Firaun dan mengembangkannya ke Babylon pd zaman pemerintahan Raja Neberkenezer. 



Baphomet (syaitan yg mereka sembah)
Pentagram (lambang penyembah syaitan)




















Menyedari perkara ini, raja-raja Eropah telah mengharamkan Kesatria Templar. Amalan sihir mereka terbongkar. Pada 1307, Raja Perancis Phillippe mengarahkan penangkapan mereka dgn tuduhan menafikan Nabi Isa, homoseksual dan penyembahan berhala serta sihir.

Raja Perancis Phillippe
Pope Clement ke-5
Pada 1314, Pope Clement ke-5 mengisytiharkan semua yg berfahaman Templar adalah menyeleweng terhadap Kristian dan mengarahkan semua harta mereka dirampas. Pemimpin mereka, Jack De Morley berjaya ditangkap dan dibakar di tiang pancang sama seperti pengikut2 yg lain.



Kebanyakkan ahlinya berjaya ditangkap, dibunuh ataupon dibakar hidup-hidup tetapi ada yang berjaya melarikan diri. Mereka mencari tempat yg selamat dan juga sekutu lain di Perancis sudah tidak selamat lg. Mereka pergi ke sebuah negara yg terdesak dlm perjuangan kemerdekaan menentang Inggeris pada masa itu, iaitu Scotland. 
Sir William Wallace
Pada waktu itu, harapan rakyat Scotland utk merdeka telah berkubur berikutan kematian pejuang tersohor mereka, William Wallace. Bagaimanapun, bagi raja Scotland, Robert The Bruce kedatangan Templar telah memberinya semangat baru. Kesatria Templar yg berpengalaman lebih dr 200 tahun menentang pahlawan Islam yg perkasa menjadikan mereka pakar dlm setiap pertempuran dan peperangan dgn mana2 tentera sekalipun.
King Robert The Bruce

Pada 1314, Kesatria Templar berpakat dgn Robert The Bruce dan tenteranya menuju medan Bannock setelah penantian yg lama utk bertemu dgn Inggeris. Dan, jangkaan Robert The Bruce tepat, tentera Inggeris dgn kekuatan 25,000 tentera akhirnye mengalami kekalahan yg memalukan di tangan tentera yg seramai 6500 org sahaja.

Impian utk Scotland merdeka akhirnya telah tercapai dan kali ini Kesatria Templar tidak akan lagi membiarkan diri mereka utk dihapuskan. Kali ini mereka mengawal negara Scotland dgn cara mengawal raja2nya dan dlm rangka pemerintahan rahsia dan nama "Kesatria Templar" itu harus dilupuskan agar perancangan mereka tidak lagi terbongkar. Pergerakan ini disusun semula dan menjadi sulit.


Queen Elizabeth pertama

Raja James
Pada 1603, kematian Queen Elizabeth Pertama meninggalkan England tanpa takhta. Oleh kerana jasa baik keturunan, Raja James V dari Scotland menjadi raja England. Seterusnya Scotland dan England bergabung utk membentuk sebuah kerajaan baru. Kekuasaan para Templar/Freemason di dlm negara Scotland telah merebak memberikan mereka cengkaman yg kukuh di seluruh British. 


Selama lebih drpd seratus tahun mereka menyembunyikan kegiatan mereka sehingga mereka tidak dikenali. 
Dan, mereka tidak pernah berhenti dari memelihara penguasaan ke atas British. Sepanjang masa, mereka merancang, membentuk kumpulan baru dan memasuki jawatan2 kerajaan.

Pada 1717 para Templar/Freemason membuat kemunculan di Eropah dan mereka telah berkembang dlm jumlah dan kekuatan yg berganda dan telah bersedia utk membentuk satu identiti baru yg bebas dari masa lampau iaitu tidak lain dan tidak bukan, melalui Monarchy And Aristocracy England.

Dan mereka memilih nama utk diri mereka sendiri dgn nama yg dikenali ramai org, tetapi hanya boleh difahami oleh org2 tertentu sahaja. Nama baru ini ialah "Freemason".


Di sebalik tabir, golongan Freemason lah yg mengawal pemimpin2 dunia, politik, teknologi, ilmu2 pengetahuan, sejarah, kewangan, segala bentuk media dan juga kotak pemikiran kita pada hari ini!

Dan, mereka juga bebas melibatkan diri dlm amalan2 rahsia yg dibawa oleh nenek moyang mereka. 




Pandangan penganut Kristian.

Beberapa mazhab Kristian mengharamkan Freemason atau tidak menggalakkan penganutnya daripada menjadi ahli Freemason.
Kristian Katolik mempunyai sejarah panjang dalam penolakannya. Penolakan Gereja Katolik berdasarkan dakwaan bahawa Freemason mengajar bahawa semua agama adalah sama yang bertentangan dengan doktrin Gereja Katolik. Terdapat banyak arahan 'paus' yang melarang terlibat dengan Freemason. Pertama adalah daripada Paus Clemant XII pada 28 April 1738 dan yang terbaru daripada Paus Leo XIII pada 15 Oktober 1890. Kanun Hukum Gereja tahun 1917 juga mengharamkan Freemason.
try tgk lambang ape yg kononnye paling berkuasa kat bucu atas segitiga tu?

Bagaimanapun, pada tahun 1983, Gereja mengeluarkan Kanun Hukum Gereja yang baru tetapi berlainan daripada sebelumnya, ia tidak secara jelas menyebut persatuan rahsia mana yang dikutuk. Ini menyebabkan ramai daripada kalangan penganut Katolik mahu pun daripada Freemason yang percaya larangan ke atas Freemason sudah ditarik balik(pelik kan?).

Bagi Gereja Protestan pula, penentangan lebih kepada dakwaan Freemasonmengamalkan mistik, percaya kepada benda ghaib dan pengikut syaitan (satanisme).
Albert Pike

Seorang ahli Freemason yang kontroversi, Albert Pike, sentiasa dijadikan contoh rujukan oleh Gereja Protestan. Pike adalah tokoh kontroversi yang terkenal sebagai penganut ajaran syaitan dan juga ahli Freemason. Menurut Pike, tiga perang dunia harus terjadi dengan perang dunia ketiga sebagai yang terakhir untuk memberi jalan kepada mekarnya agama dunia yang baru yang menjadikan Lucifer (syaitan) sebagai "tuhan".




Bagaimana pula pandangan Islam terhadap Freemason?

Sesetengah ulama Islam menegaskan adalah tujuan utama Freemason ialah mengambil kembali tanah Palestin dan membina kembali Haikal Sulaiman di bawah runtuhan Masjid Al-Aqsa, kemudian akan melebarkan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir dan terus menuju ke Al Madinah di Arab Saudi.
 Pergerakan ini didakwa dibentuk bagi mengembangkan fahaman Zionis dengan cara bergiat cergas di dalam bidang pendidikan, politik, budaya dan sosial.
Gerakan ini berkembang di seluruh dunia termasuk di negara-negara Islam seperti Turki era Mustafa Kamal Ataturk. Freemason juga berkembang luas di Mesir, Maghribi, Lubnan, Malaysia dan lain-lain.

Gerakan ini dikaburkan melalui kegiatan amal seperti membantu keluarga yang miskin dan menganjurkan pertunjukan amal untuk disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.

Gerakan ini jelas nyata memperkenalkan sistem Zionis yang memperjuangkankewujudan negara Israel dan Yahudi di bumi Palestin antara tahun 1940an dan 1970-an. Lantaran orang Islam bersikap anti-Freemason, anti-Semitisme dan anti-Zionisme. Mereka mengaitkan Freemason dengan Dajjal yang akan hadir pada akhir zaman. Ini berdasarkan simbol Free Masonic yang dikenali "Satu Mata Melihat Semua" (All Seeing One Eye).

No comments:

Post a Comment