Wednesday 4 January 2012

Bukti Nabi Muhammad Dalam Kitab Bible(Part 2)

 Musa dan seorang Nabi yang akan datang
Seorang nabi akan Kubangkitkan bagi mereka dari antara saudara mereka, seperti engkau ini; Aku akan menaruh firman-Ku dalam mulutnya, dan ia akan mengatakan kepada mereka segala yang Kuperintahkan kepadanya. (Ulangan 18:18.)
Tiap-tiap masa kaum Muslim ingin membuktikan bahawa Muhammad diramalkan di dalam Taurat, iaitu Perjanjian Lama, mereka akan selalu merujuk kepada ayat ini sebagai ramalan jelas yang menyokong tuntutan mereka. Mereka berbahas bahawa Nabi yang dijanjikan oleh Allah kepada Musa adalah Muhammad kerana:
  1. Al-Quran dianggap oleh mereka sebagai firman Allah dan oleh itu, sebab Muhammad membaca setiap ayat yang diberikan kepadanya, hal ini menunjukkan bahawa Allah telah menaruhkan firman-Nya ke dalam mulut Muhammad seperti yang dikatakan oleh ayat ramalan dalam Taurat ini.
  2. Nabi itu akan bangkit dari saudara bangsa Israel, iaitu bangsa Ismail kerana Israel (Yakub) dan Ismail adalah anak Ibrahim, dan oleh itu 12 suku kaum keturunan Ismail adalah saudara kepada 12 suku kaum keturunan Israel. Oleh kerana Muhammad seorang sahaja dari keturunan Ismail yang mengaku diri sebagai nabi, kaum Muslim berkata bahawa ramalan itu adalah sebenarnya mengenai Muhammad.
  3. Muhammad adalah seperti Musa dalam banyak hal sehingga menurut kaum Muslim ramalan itu adalah mengenai Muhammad.
Kita akan menyelidiki ramalan ini dengan teliti dan dengan memperhatikan konteks ramalan yang diberikan tersebut. Hanya dengan cara demikian dapat kita menghasilkan tafsiran yang tidak menyimpang. Setiap pengajar Al-Kitab yang cerdas, mengetahui bahwa tidak ada penafsiran yang wajar apabila dilihat secara berasingan dari konteks. Karena itu, sangat penting untuk mengutip seluruh nas yang mengandungi ramalan tersebut. Untuk itu, dua petikan berikut adalah amat penting:
"Imam-imam orang Lewi, seluruh suku Lewi, janganlah mendapat bagian milik pusaka bersama-sama orang Israel; dari korban api-apian kepada TUHAN dan apa yang menjadi milik-Nya harus mereka dapat rezeki." (Ulangan 18:1-2.)
"Seorang nabi dari tengah-tengahmu, dari antara saudara-saudaramu, sama seperti aku, akan dibangkitkan bagimu oleh TUHAN, Allahmu; dialah yang harus kamu dengarkan. Tepat seperti yang kamu minta dahulu kepada TUHAN, Allahmu, di gunung Horeb, pada hari perkumpulan, dengan berkata: Tidak mau aku mendengar suara TUHAN, Allahku, dan api yang besar ini tidak mau aku melihatnya lagi, supaya jangan aku mati. Lalu berkatalah TUHAN kepadaku: Apa yang dikatakan mereka baik; seorang nabi akan Kubangkitkan bagi mereka dari antara saudara mereka, seperti engkau ini; Aku akan menaruh firman-Ku dalam mulutnya, dan ia akan mengatakan kepada mereka segala yang Kuperintahkan kepadanya. Orang yang tidak mendengarkan segala firman-Ku yang akan diucap nabi itu demi nama-Ku, dari padanya akan Kutuntut pertanggungjawaban. Tetapi seorang nabi, yang terlalu berani untuk mengucapkan demi nama-Ku perkataan yang tidak Kuperintahkan untuk dikatakan olehnya, atau yang berkata demikian demi nama allah lain, nabi itu harus mati." (Ulangan 18:15-20.)

No comments:

Post a Comment