Wednesday 4 January 2012

Bukti Nabi Muhammad Dalam Kitab Bible(Part 4)

3. Nabi seperti Musa
Keluaran publisi Islam penuh dengan perbandingan di antara Musa dan Muhammad di mana bukti-bukti menunjukkan persamaan di antara mereka dikemukakan. Keluaran publisi ini juga mengemukakan perbezaan di antara Isa dan Musa di mana penulis cuba menolak Isa sebagai calon nabi yang diramalkan dalam Ulangan 18:18.
Dalam buku What does the Bible say about Muhammad, Deedat mengeluarkan beberapa persamaan diantara Musa dan Muhammad di mana dia berkata tidak wujud diantara Musa dan Isa. Kebanyakannya tidak bermakna dan hanya menunjukkna keunggulan Isa daripada kaum manusia. Sebagai contoh, Deedat berbahas bahawa Musa dan Muhammad dilahirkan secara biasa dan dikebumikan setelah meninggal, malah Isa dilahirkan oleh anak-dara, tiada bapa, dinaikkan ke syurga (Deedat, What the Bible Says About Muhammad, hal.7, 12). Sememangnya semua manusia mempunyai ibubapa dan menjadi abu setelah meninggal. Deedat hanya mengemukakan fakta-fakta bagaimana Isa lebih unik daripada manusia. Cara ini tidak boleh digunakan untuk mengenali nabi yang Musa ramalkan mengikut ayat Ulangan 18:18.
Di dalam keluaran publisi itu, kadang-kala kami menjumpai persamaan di antara Musa dan Muhammad yang lebihkuat dan menonjol, yang memang perlu dianalisa secara lebih mendalam. Tiga contoh persamaan adalah seperti berikut:
  1. Musa dan Muhammad adalah pemberi hukum Allah, kepala ketenteraan, pimpinan rohani dan kebangsaan mereka.
  2. Musa dan Muhammad pada mulanya, ditolak oleh umat mereka, tersingkir daripada umat mereka oleh tindakan pimpinan agama dan bangsa, tetapi pulang kepada mereka setelah beberapa tahun untuk menjadi pimpinan urusan agama dan bangsa mereka.
  3. Musa dan Muhammad berhasil membuka kesempatan menawan tanah Palestin selepas kematian mereka, melalui pengikut-pengikut mereka, masing-masing Yosua dan Umar.
Pada masa yang sama, keluaran publisi buku itu mengatakan bahawa Isa dan Musa amat berbeza mengikut kepercayaan kaum Kristian. Oleh itu Isa bukanlah nabi yang diramalkan. Perbezaan-perbezaan yang dikemukakan adalah seperti berikut:
  1. Musa hanyalah seorang nabi tetapi menurut kepercayaan kaum Kristian, Isa adalah Anak Allah.
  2. Musa meninggal secara biasa tetapi Isa mati melalui cara kekerasan.
  3. Musa adalah pemimpin bangsa Israel tetapi Isa tidak pernah memerintah semasa pelayananNya diatas Bumi.
Kerana ini terpaksa kami bertanya: adakah persamaan dan perbezaan begini membuktikan dengan jelas bahawa Muhammad adalah nabi yang diramalkan oleh Musa dalam Ulangan 18:18? Sememangnya tidak. Pertama, perbezaan di antara Musa dan Isa yang dikemukakan tidak penting. Al-Kitab selalu memanggil Isa sebagai nabi dan Anak Allah (Injil Matius 13:57, 21:11, Injil Yohanes 4:44) dan fakta Isa mati disalibkan tidak berkaitan dengan masalah tersebut. Banyak nabi yang dibunuh oleh bangsa Yahudi kerana kesaksian mereka, dan kebenaran fakta ini mendapatkan dukungan baik dari Al-Kitab maupun Al-Quran (Injil Matius 23:31, Surah 2:91). Lebih-lebih lagi, Al-Kitab mengatakan bahawa Umat Kristian telah menggantikan negara Israel sebagai bangsa kesayangan Allah. Oleh itu, dapat dilihat pula bahawa Musa memimpin umatnya pada zaman dulu, jadi Isa sekarang mengetuai Umat Allah dari tahkta-Nya di syurga. Dalam kes ini, Isa adalah seperti Musa.
Kedua, apabila kami membalikkan perbandingan seperti ini, kami juga boleh menunjukkan persamaan di antara Musa dan Isa di mana Muhammad dibezakan dengan mereka. Sebagai contoh:
  1. Musa dan Isa adalah berbangsa keturunan Israel (Yakub), sedangkan Muhammad adalah berbangsa keturunan Ismail. (Ini adalah faktor utama yang menentukan identiti nabi yang diramalkan oleh Musa.)
  2. Musa dan Isa pergi ke Mesir, sedangkan Muhammad tidak pernah ke Mesir. Kita baca mengenai Musa: "Karena iman maka ia telah meninggalkan Mesir" (Ibrani 11:27). Mengenai Isa kita baca: "Dari Mesir Kupanggil Anak-Ku." (Injil Matius 2:15.)
  3. Musa dan Isa menolak kekayaan dan berkongsi kemiskinan dengan umat mereka sedangkan Muhammad tidak melakukan hal itu. Kita baca mengenai Musa: "Ia menganggap penghinaan kerana Al-Masih(Kristus) sebagai kekayaan yang lebih besar dari pada semua harta Mesir" dan "karena ia lebih suka menderita sengsara dengan umat Allah," (Ibrani 11:25-26). Mengenai Isa kita baca: "Karena kamu telah mengenal kasih karunia Tuhan kita Isa Al-Masih(Yesus Kristus), bahwa Ia, yang oleh karena kamu menjadi miskin, sekalipun Ia kaya, supaya kamu menjadi kaya oleh kerana kemiskinan-Nya." (2 Korintus 8:9.)
Jadi kita ada persamaan di antara Musa dan Isa yang menunjukkan adanya perbezaan jelas dengan Muhammad. Ini menunjukkan betapa lemahnya cara kaum Muslim membandingkan Musa dengan Muhammad (sambil membezakan Isa dengan mereka), kerana cara perbandingan ini harus boleh dilakukan dua arah.
Al-Quran sendiri menafikan persamaan di antara Musa dan Muhammad!
Tiada diberikan kepadanya (Muhammad) seperti yang telah diberikan kepada Musa dahulu. (Surah 28:48.)
Jadi bagaimana kita dapat mengenali nabi itu yang diramalkan dalam Ulangan 18:18?
Oleh kerana banyak nabi yang telah lalu, bagi kita masuk akal untuk menelitikan nabi ini yang mempunyai sifat-sifat seperti nabi Musa dalam cara tertentu yang unik, berlainan dengan nabi-nabi lain. Memang jelas bahawa nabi itu akan seperti Musa dengan cara yang unik dan luar biasa. Sememangnya, Allah akan memberi tanda-tanda yang jelas membezakan nabi ini dari pada nabi-nabi lain di dalam firman-Nya.
"Seorang nabi dari tengah-tengah mu, dari antara saudara-saudaramu, sama seperti aku, akan dibangkitkan bagimu oleh TUHAN, Allahmu; dialah yang harus kamu dengarkan. Tepat seperti yang kamu minta dahulu kepada Tuhan, Allahmu, di gunung Horeb, pada hari perkumpulan dengan berkata: Tidak mau aku mendengar lagi suara TUHAN, Allahku, dan api yang besar ini tidak mau aku melihatnya lagi, supaya jangan aku mati." (Ulangan 18:15-16.)
Nabi itu akan dibangkitkan sebagaimana Allah telah membangkitkan Musa, iaitu sebagai orang pengantara perjanjian yang Allah berikan di Horeb. Kaum Israel merayu kepada Musa supaya dia menjadi orang pengantara di antara mereka dengan Allah kerana mereka tidak ingin mendengar suara Allah dengan bersua muka-Nya. Allah berkata "Apa yang dikatakan mereka itu baik" (Ulangan 18:17). Lalu Allah menaikkan Musa sebagai orang pengantara perjanjian di antara-Nya dengan kaum Israel. Kita mesti juga menimbang bahawa Allah bercakap kepada Musa melalui cara yang khas seperti yang tertulis dalam Al-Kitab:
"Dan TUHAN berbicara kepada Musa dengan berhadapan muka seperti seorang berbicara kepada temannya." (Keluaran 33:11.)
Al-Quran juga mengatakan bahawa Allah bercakap terus kepada Musa dengan cara yang berlainan daripada nabi-nabi yang lain (Surah 4:164). Lebih-lebih lagi, untuk mensahkan Musa sebagai orang pengantara dalam tugas yang penting ini, Allah telah mumbuat tanda-tanda dan mujizat-mujizat di hadapan kaum Israel melalui Musa. Sebab Allah telah berjanji bahawa nabi yang akan datang akan seperti Musa dalam tugas pengatara perjanjian, jadi sifat-sifat nabi itu mestilah berdasarkan:
  1. Nabi itu akan menjadi orang pengantara di antara Allah dengan umat-Nya.
  2. Nabi itu akan mengenali muka Allah.
  3. Tugasnya akan dikukuhkan dengan kehadiran tanda-tanda ajaib dan mujizat-mujizat dengan kuasa Allah, di hadapan kaum Israel.
Sifat-sifat sebegini sememangnya mendapat dasar dalam ayat penutup kitab Ulangan:
Seperti Musa yang dikenal TUHAN dengan berhadapan muka, tidak ada lagi nabi yang bangkit di antara orang Israel, dalam hal segala tanda dan mujizat, yang dilakukannya atas perintah TUHAN di tanah Mesir terhadap Firaun dan terhadap semua pegawainya dan seluruh negerinya, dan dalam hal segala perbuatan kekuasaan dan segala kedashyatan yang besar yang dilakukan Musa di depan seluruh orang Israel. (Ulangan 34:10-12.)
Tiga sifat Musa sebagai nabi memang jelas disebut: dia adalah orang pengantara Allah dengan Israel, dia mengenal muka Tuhan, dan dia membuat tanda dan mujizat yang hebat. Nabi yang akan datang mesti meniru sifat-sifat Musa sebegini. Adakah Muhammad mempunyai sifat-sifat sebegini yang luar biasa?
Pertama, Allah bercakap dengan bersua muka kepada Musa supaya dia menjadi orang pengantara Allah dan umat-Nya Israel. Sedangkan Al-Quran dikatakan diturunkan oleh malaikat Jibril kepada Muhammad dan tidak pernah Allah bersua muka dengan Muhammad, sebagaimana yang diakui kaum Muslim. Muhammad juga tidak menjadi orang pengantara perjanjian di antara Allah dengan umat-Nya, iaitu kaum Israel.
Kedua, Muhammad tidak melakukan apa-apa tanda atau mujizat. Walaupun Hadis mencatat beberapa mujizat yang banyak ragam, kesemua ini adalah dongeng, kerana Al-Quran mengatakan dengan jelas bahawa Muhammad tidak melakukan sebarang tanda. Dalam Surah 6:37, apabila musuh Muhammad berkata "Mengapa tidak diturunkan kepadanya (Muhammad) suatu mu’jizat dari Tuhannya?" Muhammad cuma menjawab bahawa Allah akan membuatnya jika Dia ingin tetapi Allah masih belum melakukannya. Dalam Surah yang sama kita baca bahawa Muhammad berkata, "Bukanlah wewenangku (untuk menurunkan azab) yang kamu tuntut untuk disegerakan kedatangannya," (Surah 6:57) yang bermaksud tanda-tanda dan mujizat-mujizat seperti yang Musa lakukan. Muhammad terus berkata bahawa jika dia mempunyai tanda-tanda itu, pertelingkahan di antara dia dengan musuhnya seharus telah selesai awal-awal lagi.
Sekali lagi dalam surah yang sama, musuh Muhammad berkata bahawa mereka akan bertaubat sekiranya tanda-tanda datang dari Allah, tetapi Muhammad hanya menjawab bahawa Allah tidak berbuat begitu kerana mereka tidak akan percaya juga (seperti orang Yahudi tidak percaya mengenai Isa – Injil Yohanes 12:37). Lebih-lebih lagi, Al-Quran juga mencatatkan bahawa musuh-musuh Muhammad yang berada di Mekah pernah berkata kepadanya:
"Mengapakah tidak diberikan kepadanya (Muhammad) seperti yang telah diberikan kepada Musa dahulu?" (Surah 28:48.)
Jawapan Al-Quran masih sama – mereka menolak tanda-tanda yang Musa lakukan, jadi kenapa mereka mengharapkan Muhammad melakukan tanda-tanda? Walau bagaimanapun, mengikut ramalan pada Ulangan 18:18, ini adalah satu perkara yang tajam dan penting kerana ia dengan jelas, membezakan Musa dan Muhammad dalam perihal tanda-tanda dan mujizat. Jadi bagaimana dapat Muhammad dikatakan sebagai nabi yang diramalkan pada Ulangan 18:18 sekiranya dia tidak diberi kuasa untuk melakukan sebarang tanda-tanda dan mujizat seperti yang dilakukan oleh Musa? Oleh itu, Muhammad sememangnya bukan seperti Musa di dalam salah satu sifat-sifat penting yang harus ada. Al-Quran juga mempunyai kesaksiannya sendiri mengenai perkara ini.
Jadi kita dapat lihat bahawa Muhammad bukan orang pengantara di antara Allah dengan manusia, tidak dapat melakukan sebarang tanda dan mujizat untuk membuktikan dirinya. Ulangan 34:11 mewajibkan nabi yang diramalkan itu melakukan tanda-tanda dan mujizat seperti yang dilakukan oleh Musa, oleh kerana Muhammad tidak melakukannya, terdapat sanggahan kedua yang secara fatal membantah Muhammad sebagai nabi yang diramalkan oleh Ulangan 18:18. Sebagai kesimpulan, apa-apa jua bukti yang kaum Muslim keluarkan sebagai sokongan kepada cadangan mereka, bukti yang benar-benar penting dan berkaitan telah menolak cadagan Muhammad sebagai nabi yang diramalkan oleh Musa.

No comments:

Post a Comment