Wednesday 4 January 2012

Bukti Nabi Muhammad Dalam Kitab Bible(Part 5)

4. Isa – Nabi seperti Musa
Sekarang mari kita timbangkan adakah Isa nabi yang diramalkan oleh Musa. Kita bermula dengan menjawab beberapa bantahan yang dikemukakan oleh kaum Muslim. Pertama, sekiranya Isa adalah Al-Masih, kaum Muslim berkata bahawa dia bukan nabi yang Musa ramalkan kerana orang Yahudi membezakan di antara Elia, Al-Masih dan nabi yang diramalkan itu (Injil Yohanes 1:19-21). Perbahasan bermula dengan menyatakan bahawa kaum Kristian percaya bahawa John Pembaptis telah datang dalam Roh Elia, Isa adalah Al-Masih dan oleh itu, Muhammadlah nabi yang disebutkan. Kami telah menunjukkan bahawa ianya mustahil bagi Muhammad untuk menjadi sebagai nabi itu. Walau bagaimanapun, tiada hal muktamad yang dapat di terjemahkan daripada khabar angin orang Yahudi itu. Mereka pernah berkata mengenai Isa: "Dia ini benar-benar nabi yang akan datang" (Injil Yohanes 7:40). Pada suatu masa lagi mereka berkata mengenai Isa sebagai "salah seorang dari para nabi" (Injil Matius 16:14), dan satu ketika sebagai "seorang nabi" (Injil Markus 6:15) dan lebih teruk lagi, memanggilnya sebagai kedua-dua Elia (Injil Markus 6:15) dan Yohanes Pembaptis (Injil Matius 16:14).
Perlu diterangkan bahawa Al-Kitab tidak menjagar bahawa Elia, Al-Masih dan nabi itu akan datang mengikut susunan sebegini. Soalan yang dikemukakan oleh orang Yahudi kepada Yohanes, sama ada dia Elia, Al-Masih atau nabi itu, cuma meluahkan harapan mereka mengenai rupa orang-orang penting yang akan datang. Oleh kerana kekeliruan mereka, kita tidak boleh mengambil berat tentang perbezaan yang mereka buat mengenai Al-Masih dan nabi itu. Perhatikan bahawa ramalan mengenai nabi itu di buat dahulu di dalam Perjanjian Lama (nabi itu dijanjikan oleh Musa) sebelum ramalan mengenai Al-Masih oleh para nabi lain, dan berakhiri dengan ramalan mengenai Elia (Maleakhi 4:5). Lebih-lebih lagi, ramalan-ramalan itu tidak membezakan nabi itu dengan Al-Masih. Malah, orang Yahudi juga, dalam satu nafas pernah menggelar Isa sebagai nabi dan Al-Masih (Injil Yohanes 7:40-41).
Satu lagi bantahan yang suka digunakan oleh kaum Muslim adalah orang Yahudi telah membunuh Isa dan mengikut firman Allah di Ulangan 18:20, hanya orang yang mengatakan dirinya sebagai nabi tanpa perintah Allah harus mati. Akan tetapi setiap nabi telah mati, dan kebanyakan mereka mati dengan dashyat sepertimana dikatakan oleh Al-Quran dan Al-Kitab, sehingga kematian seseorang nabi tidak dapat digunakan sebagai bukti menentang keilahian misinya. Allah sememangnya tidak bermaksud yang setiap nabi benar tidak akan mati! Apa yang Allah maksudkan adalah semua nabi palsu harus dibunuh dan akan mati selamanya. Kita akan tahu mengenai semua nabi palsu yang telah lalu pada hari kiamat kelak.
Apa yang menjadi tumpuan perhatian kita adalah Allah telah berjanji yang Dia akan membangkitkan seorang nabi seperti Musa yang akan menjadi orang pengantara perjanjian yang baru, dan tanda-tanda akan menyertai perjanjian ini dan membuktikan asal sorgawinya. Al-Kitab yang mengandungi ramalan ini mengenai nabi itu menetapkan dengan jelas bahawa Isa adalah nabi itu. Rasul Petrus berkata bahawa Allah telah meramalkan kedatangan Isa melalui semua nabi, merujuk dengan khusus kepada Ulangan 18:18 sebagai bukti yang Musa telah meramalkannya (Kisah Para Rasul 3:22). Isa sendiri berkata mengenai Musa, "ia telah menulis tentang Aku" (Injil Yohanes 5:46). Amat susah untuk kita mencari dalam kesemua lima kitab Musa, ramalan yang begitu nyata mengenai kedatangan Isa melainkan ramalan itu. Petrus memilih Ulangan 18:18 daripada tulisan Musa yang lain, sebagai satu ramalan yang jelas mengenai kedatangan Isa Al-Masih.
Juga dalam Kisah Para Rasul 7:37 Stefanus merujuk kepada Ulangan 18:18 sebagai bukti bahawa Musa adalah seorang dari pada mereka yang "memberitakan tentang kedatangan Orang Benar", iaitu Isa, orang yang kaum Yahudi khianati dan salibkan.
Selepas menjadi saksi kedapa tanda-tanda yang Isa lakukan dan selepas mengambil bahagian dalam Perjanjian Baru di mana Isa telah bersua muka Allah dan menjadi orang pengantara dengan Allah dan umat-Nya, kaum Kristian awal tahu bahawa Isa adalah nabi yang diramal dalam Ulangan 18:18. Mereka juga tahu bahawa ramalan mengenai nabi seperti Musa, telah ditambahkan dengan janji Allah kepada nabi Yeremia bahawa Dia akan mengantarakan Perjanjian Baru pada masa akan datang diantara-Nya dengan umat-Nya. Mengenai Perjanjian Baru ini, Allah dengan jelas membezakannya dengan Perjanjian Lama yang Allah telah buat dengan Musa. Jadi memang nyata bahawa orang yang akan menjadi pengantara adalah seorang nabi yang kedatangannya telah Musa ramalkan. Allah berkata:
"Sesungguhnya, akan datang waktunya, demikianlah firman TUHAN, Aku akan mengadakan perjanjian baru dengan kaum Israel dan kaum Yehuda, bukan seperti perjanjian yang telah Kuadakan dengan nenek moyang mereka pada waktu Aku memegang tangan mereka untuk membawa mereka keluar dari tanah Mesir; perjanjian-Ku itu telah mereka ingkari, meskipun Aku menjadi tuan yang berkuasa atas mereka, demikianlah firman TUHAN. Tetapi beginilah perjanjian Kuadakan dengan kaum Israel sesudah waktu itu, demikianlah firman TUHAN: Aku akan menaruh Taurat-Ku dalam batin mereka dan menuliskannya dalam hati mereka; maka Aku akan menjadi Allah mereka dan mereka akan menjadi umat-Ku. Dan tidak usah lagi orang mengajar sesamanya atau mengajar saudaranya dengan mengatakan: Kenallah TUHAN! Sebab mereka semua, besar kecil, akan mengenal Aku, demikianlah firman TUHAN, sebab Aku akan mengampuni kesalahan mereka dan tidak lagi mengingat dosa mereka." (Yeremia 31: 31-34.)
"Aku akan mengadakan perjanjian baru", Allah firmankan, dengan itu menetapkan janji-Nya dalam Ulangan 18 bahawa seorang nabi seperti Musa akan datang untuk menjadi orang pengantara di antara Allah dengan umat-Nya. Perjanjian baru itu dibandingkan dengan perjanjian yang Allah buat dengan Musa. Perjanjian baru tidak sama dengan perjanjian yang diberikan kepada Musa tetapi nabi yang akan menyampaikan perjanjian baru itu akan seperti Musa. Oleh itu jelaslah bahawa kedatangan nabi yang diramalkan dalam Ulangan 18:18 adalah nabi pengantara perjanjian baru di antara Allah dengan umat-Nya. Kita baca mengenai Isa: "Karena itu Ia adalah Pengantara dari suatu perjanjian yang baru" (Ibrani 9:15). Untuk meneguhkan perjanjian pertama kita baca bahawa:
Kemudian Musa mengambil darah itu dan menyiramkannya pada bangsa itu serta berkata: "Inilah darah perjanjian yang diadakan TUHAN dengan kamu, berdasarkan segala firman ini." (Keluaran 24:8.)
Seperti perjanjian pertama yang disahkan oleh darah korban binatang, maka nabi itu akan buat seperti Musa dan juga akan mensahkan perjanjian baru Allah dengan darah. Isa lalu berkata:
"Cawan ini adalah perjanjian baru yang dimeteraikan oleh darah-Ku" (1 Korintus 11:25)
Janji Allah mengenai kedatangan seorang nabi seperti Musa yang akan mengantarakan perjanjian baru adalah satu berkat yang besar pada zaman sebelum Isa. Walaupun Allah mengantarakan perjanjian lama melalui Musa, api membara yang dilihat oleh kaum Israel, bersama dengan ribut dan tanda-tanda, membuat mereka "memohon, supaya jangan lagi berbicara kepada mereka, sebab mereka tidak tahan mendengar perintah ini," (Ibrani 12:19-20). Mereka semua ingkari perjanjian (Yeremia 31:31) dan mati di kawasan belantara seperti lalat (1 Korintus 10:5). Mereka gagal menerima kehidupan yang dijanjikan kepada mereka yang berpegang kepada perjanjian lama.
Oleh itu Allah berjanji kepada waris benih mereka bahawa Dia akan membangkitkan seorang nabi seperti Musa dan akan mengantarakan perjanjian baru melaluinya di mana umat Allah akan berpegang kepadanya dan mendapat janji berkat, iaitu pengetahuan sebenar mengenai Allah, pengampunan dosa, kebolehan berpegang kepada hukum Allah, dan kurnia Allah (Yeremia 31:33-34).
Tidak seperti kaum Israel di bawah Perjanjian Lama yang keluar dari jalan Allah, umat Allah melalui Perjanjian Baru ini adalah "jemaat anak-anak sulung, yang namanya terdaftar di sorga, dan kepada Allah, yang menghakimi semua orang, dan kepada roh-roh orang-orang benar yang telah menjadi sempurna, dan kepada Yesus, Pengantara perjanjian baru, dan kepada darah pemercikan, yang berbicara lebih kuat dari pada darah Habel" (Ibrani 12:23-24). Isa yang membawa perjanjian ini.
Oleh itu Isa adalah nabi seperti Musa yang dijanjikan kerana Isa mengantarakan perjanjian baru di antara Allah dan umat-Nya. Seperti Musa (dan dengan cara yang lebih unggul dibandingkan nabi-nabi lain), Isa mengenali muka Allah dan menjadi pengantara diantara Allah dan umat-Nya. "Aku kenal Dia, sebab Aku datang dari Dia dan Dialah yang mengutus Aku," kata Isa (Injil Yohanes 7:29). Sekali lagi Isa katakan: "tidak seorang pun mengenal Bapa selain Anak dan orang yang kepadanya Anak itu berkenan menyatakan," (Injil Matius 11:27). Sekali lagi Isa berkata: "Hanya dia yang datang dari Allah, Dialah yang telah melihat Bapa," (Injil Yohanes 6:46). Apakah bukti lanjut yang menunjukkan bahawa Isa mengenali muka Allah dan adalah orang pengantara diantara Allah dan umat-Nya selain daripada ayat ini: "Akulah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorangpun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku….Barangsiapa telah melihat Aku, ia telah melihat Bapa." (Injil Yohanes 14:6,9.)
Apabila Musa berhadapan dengan Allah. "tidaklah ia tahu, bahwa kulit mukanya bercahaya oleh karena ia telah berbicara dengan TUHAN" (Keluaran 34:29-30). Semasa Isa di atas gunung, dia menunjukkan imej Allah: "wajah-Nya bercahaya seperti matahari" (Injil Matius 17:2). Tiada nabi lain yang dapat buat seperti ini – tiada siapa yang dapat berbual dengan Allah secara bersua muka sehingga mukanya bercahaya.
Bukan sahaja Isa mengantarakan perjanjian baru ini seperti Musa, dengan bersua muka Allah, Dia juga melakukan tanda-tanda dan mujizat-mujizat yang hebat untuk membuktikan kerja pengantara-Nya. Salah satu tanda hebat yang Musa lakukan adalah mengendalikan laut: "Lalu Musa mengulurkan tangannya ke atas laut, dan semalam-malaman itu TUHAN menguakkan air laut dengan perantaraan angin, timur yang keras" (Keluaran 14:21). Walaupun nabi lain mempunyai kuasa ke atas sungai (Yosua 3:13, 2 Raja-raja 2:14), tiada nabi lain yang seperti Musa, mengendalikan laut, sehinggalah Isa datang. Kita baca mengenai sebutan pengikut-pengikut-Nya "Orang apakah Dia ini, sehingga angin dan danaupun taat kepada-Nya?" (Injil Matius 8:27). Dia menghentikan ribut yang bermaharaja-lela di lautan Galilea dengan berucap: "Diam! Tenanglah!" (Injil Markus 4:39).
Satu lagi tanda hebat yang Musa lakukan adalah memberi makanan kepada kaum Israel dengan roti dari syurga. Apabila kaum Israel melihat Isa melakukan mujizat yang sebegini dengan memberi makanan kepada lebih kurang lima ribu orang dengan beberapa buku roti sahaja, mereka yakin bahawa dialah nabi yang dijanjikan.
Ketika orang-orang itu melihat mujizat yang telah diadakan-Nya, mereka berkata: "Dia ini adalah benar-benar nabi yang akan datang ke dalam dunia." (Injil Yohanes 6:14.)
Apabila mereka melihat tanda itu, mereka berkata "Inilah nabi itu." Mereka mengetahui dengan jelas bahawa nabi yang dijanjikan akan dikenali dengan tanda-tanda dilakukan-Nya, seperti yang Musa lakukan. Apabila Isa enggan mengulangi tanda itu, kaum Israel mengingati bahawa Musa melakukan tanda itu selama 40 tahun tanpa berhenti. Dengan merujuk kepada tanda Musa, mereka bertanya kepada Isa, "Tanda apakah yang Engkau perbuat, supaya dapat kami melihatnya dan percaya kepada-Mu?" (Injil Yohanes 6:30). Isa menjawab:
"Akulah roti hidup. Nenek moyangmu makan manna di padang gurun dan mereka telah mati. Inilah roti yang turun dari syurga: Barangsiapa makan dari padanya, ia tidak akan mati. Akulah roti hidup yang telah turun dari syurga. Jikalau seorang makan dari roti ini, ia akan hidup selama-lamanya, dan roti yang Ku berikan itu ialah daging-Ku, yang akan Kuberikan untuk hidup dunia." (Injil Yohanes 6:48-51.)
Di dalam setiap cara, Isa menunjukkan yang dia adalah nabi itu, iaitu seorang pengantara perjanjian seperti Musa – seorang yang mengenali muka Allah – seorang yang melakukan tanda-tanda mujizat seperti Musa. Kaum Israel berkata dengan tepat apabila mereka berkata mengenai Isa "Dia ini benar-benar nabi yang akan datang." (Injil Yohanes 7:40.)
Jadi terbuktilah bahawa Muhammad tidak diramalkan oleh Ulangan 18:18 tetapi nabi Isa yang diramalkan. Jika Muhammad tidak diramalkan dalam Perjanjian Lama, tentu sekali dia tidak diramalkan dalam Perjanjian Baru.
Isa Al-Masih adalah puncak semua ramalan yang diwahyukan di dalam Kitab-kitab Allah. Semua perjanjian, wahyu dan berkat Allah ada pada-Nya – yang merupakan puncak kasih sayang dan budi Allah terhadap manusia.
Sebab Al-Masih(Kristus) adalah "ya" bagi semua janji Allah. Itulah sebabnya oleh Dia kita mengatakan "Amin" untuk memuliakan Allah. (2 Korintus 1:20.)
Kita akan melihat dengan jelas sekali bahawa di dalam Taurat dan Injil, hanya ada seorang penyelamat, seorang sahaja di mana budi Allah didapati. Walaupun banyak nabi pada zaman dahulu – yang benar dan yang palsu – tetapi hanya ada seorang Tuhan dan Penyelamat, iaitu Isa Al-Masih. Allah ingin menekankan kebenaran ini kepada semua manusia supaya mereka akan bertaubat dan mengikut Isa Al-Masih ke dalam Kerajaan Syurga.
Sesiapa yang tidak percaya kepada firman-Nya maupun tidak percaya akan Dia dengan seluruh hati, maka tunggulah akan "penghakiman dan api yang dashyat" (Ibrani 10:27) apabila Allah memenuhi amaran-Nya pada Ulangan 18:19 dengan membuang keluar mereka yang tidak percaya kepada Penyelamat, dari hadapan-Nya buat selama-lamanya.
"Percayalah kepada Tuhan Isa Al-Masih(Yesus Kristus) dan engkau akan selamat, engkau dan seisi rumahmu." (Kisah Para Rasul 16:31.)

No comments:

Post a Comment