Wednesday 18 January 2012

Kisah 3 Orang Bani Israel


Abu Hurairah pernah sebut dia mendengar  Rasulullah SAW bercerita perihal kisah tiga orang cacat daripada Bani Israel.Orang yang pertama ada penyakit kusta, orang yang kedua masalahnya berkepala botak dan yang ketiga ada masalah penglihatan.Dikisahkan Allah utus malaikat untuk menguji hamba bertiga ini.

  “lalu malaikat bertanya kepada yang menghidap kusta,apakah yang  kamu sukai”Jawab si lelaki,”Yang paling aku suka tentulah kulit yang baik serta sembuh dari penyakit ini.Tetapi alangkah bagusnya jika ada seeekor unta.”

  Malaikat kemudiannya mengusap tubuh lelaki itu.Maka lelaki itu.Seekor unta yang bunting juga dihadiahkan kepadanya.Malaikat turut berdoa mohon Allah memberkati hidup lelaki itu.

  “Kemudian malaikat bertanya pula kepada lelaki yang botak.Apakah yang paling kamu sukai?” , Jawab lelaki itu “Aku gembira sekiranya berambut lebat dan alangkah sempurnanya hidup aku sekiranya mempunyai seekor sapi.”

  Malaikat mengusap kepala lelaki itu maka tumbuhlah rambut yang cantik dan lebat. Malaikat turut memberinya seekor sapi yang bunting serta mendoakan kesejahteraan hidup lelaki itu.

 “Lelaki yang bermasalah penglihatan turut ditanya oleh malaikat,Apakah perkara yang mampu membuat kamu gembira?”

  “Jawab si lelaki yang hilang penglihatan ini,Aku amat gembira sekiranyan Allah mengembalikan penglihatanku dan mendapat seekor kambing.”

  Malaikat mengusap matanya dan dengan izin Allah, mata lelaki itu pulih seperti biasa dan dia turut memperoleh seekor kambing yang bunting. Malaikat kemudiaannya mendoakan semoga lelaki ketiga ini sentiasa dirahmati dan diberkati Allah selama hidupnya.

  “Diceritakan kemudiaannya malaikat kembali datang bertemu dengan ketiga-tiga lelaki itu dalam rupa yang sama akan tetapi keadaannyamengemis. Ini tidak lain untuk menguji ketulusan tiga lelaki tadi.

   Menyedihkan lelaki yang dahulunya menghidap kusta dan si kepala botak dengan angkuh mengaku segala kemewahannya itu adalah hasil warisan nenek moyang serta kerja kuat mereka.

   Berbeza dengan si lelaki buta yang kembali celik, tatkala malaikat meminta ihsan dan sedekah.dia berkata, “Ambillah kambing itu sebanyak mana yang engkau mahu dan tinggalkanlah bakinya mengikut kehendakmu.”

   Maka jawab malaikat, “Jagalah hartamu. Kamulah orang yang diredai Allah sedangkan kedua-dua sahabatmu itu dimurkai Allah.”

  Firman Allah SWT  bermaksud:  

“Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia, tetapi amalan-amalan yang kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan”       ~Surah Al-Kahf, ayat 46

Intisari Ayat diatas:
Maka, kita sebagai hamba Allah hendaklah sentiasa jangan kedekut atau bakhil. Semua harta adalah milik Allah, dan kita diamanahkan supaya membantu orang lain. Dan, bersyukurlah padaNya dengan apa yang ada di sisi kita sekarang. Wallhualam

  dan

No comments:

Post a Comment